Wednesday, September 8, 2010

di mana kita?

Posted by dzatun nithaqain On March - 9 - 2010

Jalan yang hakiki,

Lurus tidak berliku,

Terbentang luas tanpa batasan,

Mengalu-alukan kedatangan para pejalan,

Ke arah kebenaran.

Dari hari kehari, dunia kian bertambah menjadi semakin pelik,

Di depan mata-mata yang bersinar menandakan masih bernafas insan kepunyaannya,

Dihamparkan jalanan yang lurus,bersih tanpa cacat cela,

Di sisi adapun jalan-jalan kecil,yakni jalan pintas, yang dirimbuni onak dan duri.

Namun, insan-insan di muka bumi masih memilih jalan yang berduri dari jalan yang lurus itu,

Adanya jalan yang terus menuju destinasi, namun  ramai yang masih memilih jalan yang berliku-liku tanpa disedari.

Dipenuhi pelbagai macam penipuanyang dibuat-buat oleh insan itu sendiri.

Dianggapnya ‘adventurous‘ apabila dapat melalui jalan onak dan duri.

Biarlah dicalar,biarlah dilukai,asalkan kepuasan hati mengharungi ‘jungle trekking’ ni dapat dipenuhi.

Andai kata terlumpuh di pertengahan itu, apa lagi yang mampu dikata?

4301020817_c5f415b699

Mengapa pertambahan usia, insan semakin ingkar pada Yang Esa?

Tidak lagi endah pada amaran azabNya?

Apakah mereka ingat,hidup di dunia ini selama-lamanya?

Pabila sudah bertongkat, berkaki tiga baru hendak berjinakjinak dengan islam yang sebenarnya.

Barangkali sudah terlambat bagi kebanyakan mereka.

Kerana mungkin nyawakan diragut pada usia yang masih muda.

Itulah insan.

Sentiasa lalai dan alpa.

Pemikiran stereotaip yang diwariskan dari generasi ke generasi sukar dibaiki.

Ajal yang diketahui,terpapar di minda hanya bila sudah dimamah usia nanti.

Lupalah insan kepada ketetapanNya.

Sedang makan, ia boleh pergi,sedang tidur, memang sudah acapkali terjadi.

Sedang bermain di halaman rumah, kemungkinan terjadi,’racing motor’ apatah lagi.

Dunia ini diciptakan oleh Yang Esa untuk segenap manusia. Diperintahkan hamba-hambaNya untuk mengurus mentadbir bumi, alam semesta. Sebagai khalifah, pemimpin yang membawa kepada kebenaran. Namun, semuanya lupa tugas sendiri. Masing-masing menuding jari pada orang lain dan bukan diri sendiri. Tanggungjawab diabaikan,sudah tidak menjadi prioriti dalam hidup zaman moden ini.Bahkan, ada yang tiada langsung  terpapar dalam senarai hidupnya.

Segelintir masih sedar,masih ingat,namun ramai yang tersalah anggap. Ingatkan menjadi khalifah itu sudah memadai jika mengamalkan nilai-nilai insaniah sesama sendiri. Asalkan diri beramal kepadaNya,sudah cukuplah.

Kata-kata masyarakatinsan ‘jangan jaga tepi kain orang lain’ itu menjadi pegangan masyarakat kini. Apa yang terjadi kepada anak-anak muda tidak dipeduli jika mereka bukan darah daging sendiri. Andai kata situasi ini berterusan dari generasi ke generasi, jawapan apakah yang mampu diberikan apabila bertemu Pencipta kelak hari?

Di mana kita berdiri kini?

Tersesat sekali dihanyut arus duniawi atau ingin membantu insan menggapai redha Ilahi?

“dan demikian(pula) Kami telah menjadikan kamu (umat islam) , umat yang adil dan pilihan agar kamu menjadi saksi atas (perbuatan) manusia dan agar Rasul (Muhammad) menjadi saksi atas (perbuatan) kamu.. [al-baqarah:143]

ihsan dan itqan,

dalam cinta dan kasih Allah.

Leave a Reply