Wednesday, September 8, 2010

jangan tiru en. zuljaushan!!

Posted by dzatun nithaqain On January - 19 - 2010

Bismillah walhamdulillah

questions


Sapa dia Zuljaushan ni..?

Haaa…

Nama pun dah ala-ala menarik dan tertarik kan…?

Lets see

Beliau adalah seorang sahabat Nabi SAW. Nama penuhnya seperti dalam IC adalah Zuljaushan al-Dhabbabiy. Untuk memudahkan urusan tulis-menulis dan ingat-mengingat, kita akan panggil dia Zuljaushan sahaja.

Eh, kalau dia sahabat Nabi SAW, kenapa saya cakap jangan jadi macam dia..? Anda bertanya. Bukankah kita kena sentiasa mencontohi dan mengikuti para sahabat Nabi SAW? Anda bertanya lagi.

Haaa, bukan semua sahabat Nabi SAW yang perlu kita contohi. Gelaran sahabat ni diberikan kepada setiap orang Muslim di zaman Nabi SAW, yang pernah berjumpa dengan baginda SAW. Jadi, tak semestinya semua orang yang pernah kenal dan jumpa Nabi SAW ketika itu adalah qudwah hasanah yang perlu kita ikuti.

Apa yang menarik sangat pasal Zuljaushan ni..? Kenapa tak boleh jadi macam dia?

Kisahnya begini…

Selepas Perang Badar, Nabi SAW datang berjumpa dengan Zuljaushan ni dengan niat untuk mengajaknya kepada Islam. Obviously la Zuljaushan masih belum memeluk Islam ketika tu. Tapi Nabi SAW tidak terus mengajaknya kepada Islam. As in, Nabi SAW takde la tanya,

“Adakah kamu mahu memeluk Islam?”

atau

“Jom peluk Islam..??”

dan bukan juga…

“Islam pasti menang suatu hari nanti dan Islam adalah agama yang benar. Kamu berminat?”

Tidak. Tetapi Nabi SAW menggunakan taktik yang lebih licik, menarik dan bijak sekali. Nabi SAW bertanya kepada Zuljaushan,

“Mahukah kamu menjadi salah seorang di kalangan orang-orang yang pertama?”

Sangat menarik sebenarnya sekiranya kita memikirkan dengan mendalam mengapa Nabi SAW bertanya sedemikian rupa dan bukannya dengan pertanyaan-pertanya an yang lain.

Fikirkan… Antara kita semua ni, berapa ramai yang suka dan kalau boleh, sentiasa nak jadi orang yang pertama…? Tak kiralah dalam hal apa pun.

Dalam peperiksaan akhir tahun darjah tiga ke…

Atau dalam pertandingan lari dalam guni ketika tadika ke…

Atau ketika nak beratur buat IC di Jabatan Pendaftaran Negara ke…

Atau ketika berebut-rebut untuk membeli belah ketika Boxing Day untuk mendapatkan kasut saiz 9 yang limited edition ke…

Atau ketika bangun pagi dan berlari ke jamban dan bilik air sewaktu di asrama dahulu…

Anda pasti dan sentiasa suka untuk menjadi yang pertama. Betul tak..? Memang fitrah dan sunnatullah manusia tu, sangat suka dan menanam cita-cita untuk sentiasa berada di depan dan menjadi yang utama dan teratas. Kalau tidak boleh dalam segala hal dan segi, at least adalah some areas yang mereka boleh jadi yang pertama.

So Nabi SAW, seorang super-murabbi yang sangat kenal dan arif akan perilaku dan sifat seorang manusia tu, menggunakan strategi mengetuk hati yang sangat hebat sebenarnya. Bagaimana baginda SAW, ketika berjumpa dengan seorang manusia yang masih belum mengenal Islam, menggunakan kaedah yang cukup lembut dan ‘basah’ untuk menyentuh hatinya dengan harapan Zuljaushan akan tertarik dengan pelawaan itu.

Malangnya, Zuljaushan tidak mahu menjadi di kalangan orang yang pertama dalam menegakkan Islam. Malah, dia menjawab,

“Tidak, aku akan lihat dahulu. Sekiranya kau menang, aku akan ikut. Tapi sekiranya kau kalah, aku tidak akan mendapat apa-apa musibah”

Aduhai malangnya Zuljaushan.. . Sekiranya dia dapat melihat masa depan dan dapat melihat kemenangan agung Islam suatu hari nanti, sudah pasti di saat itu juga dia akan menerima pelawaan Nabi SAW itu.

“Apabila telah datang pertolongan Allah dan kemenangan, dan engkau melihat manusia berbondong-bondong masuk agama Allah, maka bertasbihlah dengan memuji Tuhannu dan mohonlah ampunan kepada-Nya. Sungguh, Dia Maha Penerima taubat.”

~sharing dari blog msm london~=)

@mus’ab

Leave a Reply