Wednesday, September 8, 2010

perbuatan yang memberi manfaat

Posted by dzatun nithaqain On January - 24 - 2010 1 COMMENT

Bismillah walhamdulillah

Hidup..

Bakal dipertanggungjawabkan di hadapan Allah.

Setiap saat yang berlalu, setiap tempat yang kita lalui dan setiap apa yang kita gunakan akan dipertanggungjawabkan.

hidup-sementara

Sahabat yang dikasihi Allah,

Hisablah setiap apa yang kita lakukan. Jangan lakukan apa yang kita tidak pasti manfaat dan kesannya. Orang yang berjaya adalah orang yang terhindar dari melakukan perkara yang sia-sia.

Kejayaan kita…                                                                                                                                                                                                                                 ditentukan oleh kemampuan kita dalam menyusun kegiatan dan aktiviti yang penuh dan manfaat. Seseorang yang tidak memiliki kegiatan harian akan melakukan sesuatu mengikut emosi  atau mengikut keadaan sekelilingnya.

Pekerjaan yang dia lakukan tidak selesai kerana kehilangan semangat bagi menyelesaikannya. Sebelum menyelesaikan sesuatu kerja,dia beralih kepada kerja yang lain. Apabila hal ini berterusan, bukanlah HASIL yang diperoleh tapi KERUGIAN terus-menerus.

ALLAH menanamkan potensi dalam diri manusia. Apabila manusia berusaha keras bagi mendapatkan potensi itu, insyaAllah ia akan memberikan manfaat yang besar untuk dirinya dan orang lain di sekelilingnya. Memang kemampuan antara  seseorang dengan orang lain tu berbeza, tetapi, YAKINLAH sebenarnya tidak ada manusia yang bodoh apabila mereka belajar dan tidak ada orang yang miskin apabila mereka gigih.

“sesungguhnya beruntunglah orang-orang yang beriman (iaitu) orang-orang yang khusyuk dalam solatnya dan orang yang menjauhkan diri dari (perkataan dan perbuatan) yang tidak berguna”     [surah mukmin:1-3]

5 perkara yang pantang dalam hidup:

*melakukan perkara yang sia-sia

*mengeluh

*menjadi beban

*khianat

*hati yang kotor

Janganlah kita hanya berbangga dengan pekerjaan yang banyak. Tetapi, hendaklah kita memerhatikan manfaat dari pekerjaan itu. Adakah pekerjaan yang dilakukan itu memberi manfaat kepada kita dan orang lain? Jangan biarkan perkara yang kita lakukan menyebabkan keburukan pada diri sendiri dan orang lain.

MAMPU ATAU TIDAK?

Kemampuan dalam melakukan sesuatu yang bermanfaat juga ditentukan oleh kemampuan kita membuat perancangan. Perancangan yang baik menjadi modal yang besar bagi perbuatan yang bermanfaat.

Ada satu ungkapan yang terkenal,

‘ gagal dalam merancang sama dengan merancang kegagalan’

BAGAIMANA NAK PASTIKAN APA YANG KITA LAKUKAN BERMAKNA?

*susun kegiatan harian anda, kemudian tepati kegiatan tu. Terus menerus tingkatkan ilmu. Dan mengikuti setiap rancangan dengan tawakal pada Allah. Dan yang paling penting,iringi setiap perbuatan itu dengan KEIKHLASAN.*

Kita perlukan 7T supaya yang kita lakukan itu bermakna:

Tenang, Terancang, Terampil, Tertib, Tekun, Tegar [tak mudah menyerah], Tawaduk [rendah hati]

Hadis Nabi,

Sebaik-baik manusia antara kamu adalah yang paling banyak memberi manfaat pada orang lain’ [bukhari & muslim]

Kita perlulah menilai apa yang kita lakukan sehingga kita dapat mengambil hikmah dari apa yang terjadi. Itulah asas yang utama bagi menghasilkan kerja yang bermakna buat kita.

Perbuatan yang memberi manfaat pada orang lain nilainya tinggi di sisi Allah. Berbahagialah orang yang memberikan manfaat kepada orang lain dari perbuatannya.

Sesungguhnya, semua kejadian yang terjadi adalah dengan izin Allah. Bila kita berjaya, kita hendaklah bersyukur pada Allah dan jangan sombong dan merasakan diri lebih hebat dari orang lain. Orang yang tawaduk memahami apa yang diperoleh adalah dari keredhaan Allah semata-mata. Tanpa keredhaan Allah, sudah tentu kejayaan itu tidak bermakna.

Renungan: Muslim, Ahmad dan Abu Daud menceritakan, Allah menjelaskan dalam Quran,” sesiapa yang melakukan sesuatu kebaikan, kemudian kebaikan itu diikuti oleh orang lain, maka orang itu akan mendapat pahala daripada kebaikan yang dilakukannya ditambah dengan pahala dari orang yang mengikutinya. Dan sesiapa yang melakukan kejahatan itu diikuti oleh orang lain, maka orang itu akan mendapat balasan dari kejahatannya ditambah dengan balasan dari kejahatan yang mengikutinya.”

Moga sentiasa dalam redhaNya~

@mus’ab

jangan tiru en. zuljaushan!!

Posted by dzatun nithaqain On January - 19 - 2010 ADD COMMENTS

Bismillah walhamdulillah

questions


Sapa dia Zuljaushan ni..?

Haaa…

Nama pun dah ala-ala menarik dan tertarik kan…?

Lets see

Beliau adalah seorang sahabat Nabi SAW. Nama penuhnya seperti dalam IC adalah Zuljaushan al-Dhabbabiy. Untuk memudahkan urusan tulis-menulis dan ingat-mengingat, kita akan panggil dia Zuljaushan sahaja.

Eh, kalau dia sahabat Nabi SAW, kenapa saya cakap jangan jadi macam dia..? Anda bertanya. Bukankah kita kena sentiasa mencontohi dan mengikuti para sahabat Nabi SAW? Anda bertanya lagi.

Haaa, bukan semua sahabat Nabi SAW yang perlu kita contohi. Gelaran sahabat ni diberikan kepada setiap orang Muslim di zaman Nabi SAW, yang pernah berjumpa dengan baginda SAW. Jadi, tak semestinya semua orang yang pernah kenal dan jumpa Nabi SAW ketika itu adalah qudwah hasanah yang perlu kita ikuti.

Apa yang menarik sangat pasal Zuljaushan ni..? Kenapa tak boleh jadi macam dia?

Kisahnya begini…

Selepas Perang Badar, Nabi SAW datang berjumpa dengan Zuljaushan ni dengan niat untuk mengajaknya kepada Islam. Obviously la Zuljaushan masih belum memeluk Islam ketika tu. Tapi Nabi SAW tidak terus mengajaknya kepada Islam. As in, Nabi SAW takde la tanya,

“Adakah kamu mahu memeluk Islam?”

atau

“Jom peluk Islam..??”

dan bukan juga…

“Islam pasti menang suatu hari nanti dan Islam adalah agama yang benar. Kamu berminat?”

Tidak. Tetapi Nabi SAW menggunakan taktik yang lebih licik, menarik dan bijak sekali. Nabi SAW bertanya kepada Zuljaushan,

“Mahukah kamu menjadi salah seorang di kalangan orang-orang yang pertama?”

Sangat menarik sebenarnya sekiranya kita memikirkan dengan mendalam mengapa Nabi SAW bertanya sedemikian rupa dan bukannya dengan pertanyaan-pertanya an yang lain.

Fikirkan… Antara kita semua ni, berapa ramai yang suka dan kalau boleh, sentiasa nak jadi orang yang pertama…? Tak kiralah dalam hal apa pun.

Dalam peperiksaan akhir tahun darjah tiga ke…

Atau dalam pertandingan lari dalam guni ketika tadika ke…

Atau ketika nak beratur buat IC di Jabatan Pendaftaran Negara ke…

Atau ketika berebut-rebut untuk membeli belah ketika Boxing Day untuk mendapatkan kasut saiz 9 yang limited edition ke…

Atau ketika bangun pagi dan berlari ke jamban dan bilik air sewaktu di asrama dahulu…

Anda pasti dan sentiasa suka untuk menjadi yang pertama. Betul tak..? Memang fitrah dan sunnatullah manusia tu, sangat suka dan menanam cita-cita untuk sentiasa berada di depan dan menjadi yang utama dan teratas. Kalau tidak boleh dalam segala hal dan segi, at least adalah some areas yang mereka boleh jadi yang pertama.

So Nabi SAW, seorang super-murabbi yang sangat kenal dan arif akan perilaku dan sifat seorang manusia tu, menggunakan strategi mengetuk hati yang sangat hebat sebenarnya. Bagaimana baginda SAW, ketika berjumpa dengan seorang manusia yang masih belum mengenal Islam, menggunakan kaedah yang cukup lembut dan ‘basah’ untuk menyentuh hatinya dengan harapan Zuljaushan akan tertarik dengan pelawaan itu.

Malangnya, Zuljaushan tidak mahu menjadi di kalangan orang yang pertama dalam menegakkan Islam. Malah, dia menjawab,

“Tidak, aku akan lihat dahulu. Sekiranya kau menang, aku akan ikut. Tapi sekiranya kau kalah, aku tidak akan mendapat apa-apa musibah”

Aduhai malangnya Zuljaushan.. . Sekiranya dia dapat melihat masa depan dan dapat melihat kemenangan agung Islam suatu hari nanti, sudah pasti di saat itu juga dia akan menerima pelawaan Nabi SAW itu.

“Apabila telah datang pertolongan Allah dan kemenangan, dan engkau melihat manusia berbondong-bondong masuk agama Allah, maka bertasbihlah dengan memuji Tuhannu dan mohonlah ampunan kepada-Nya. Sungguh, Dia Maha Penerima taubat.”

~sharing dari blog msm london~=)

@mus’ab

Islam Percuma

Posted by dzatun nithaqain On January - 19 - 2010 ADD COMMENTS

Bismillah walhamdulillah

Assalamualaikum wrt.

Selalunya, soalan yang mula-mula kita tanya pada kawan kita kat ym ke, mesej ke.. “sihat?” Dan kita akan jawab, “alhamdulillah, sehat” andainya tidak sihat, mungkin kita akan cakap, demam ke, flu ke, batuk ke..

Pernah satu masa, sahabat saya bertanya,setelah kami berbual seketika,

” iman sihat tak?”

iman_inside

Terdiam seketika. Bukan mudah nak jawab soalan tu. Takut kan? Andainya time tu memang iman tengah x berapa nak sihat. Tapi, bila dia tanya saya soalan tu, saya terfikir, alhamdulillah sangat-sangat sebab ada orang tanya, at least kita muhasabah balik hari tu, ok ke tak iman kita ni.

Kadang, bila tak check, kita lupa. Dan menunjukkan  sihat iman itulah sebenarnya yang menjadi tulang belakang pada sihatnya kita seluruhnya.

Satu analogi mudah yang boleh dishare kat sini,

andainya time tu kita tengah tengok youtube or movie, tiba-tiba, azan berkumandang kat laptop, kita akan tutup azan ke, atau pause movie? then, kita akan terus solat ke atau “tunggu sekejaplah,habiskan movie ni dulu”

Tepuk dada, tanya iman. Apa yang kita ‘ sembah’, hiburan atau Allah. Dengan mudahnya kita mengucapkan dua kalimah syahadah, bahawa aku bersaksi tiada Tuhan yang Disembah melainkan Allah, dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah.

KIta lebih merasa tenteram dengan Allah atau benda-benda yang lain. Kita lebih merasa puas bila baca Quran atau tengok anime? Sejauh mana kita praktikkan bahawa Allah itu adalah tunjang utama dalam kehidupan atau sebenarnya kita lebih banyak leka dengan arus dunia.

Sedar atau tidak, kita ini mendapat status islam secara percuma. Kerana kasih sayangNya kepada kita yang dilahirkan dalam keluarga muslim. Tapi, kita tidak boleh berbangga dengan status itu sahaja. Kita perlu buktikan keislaman kita dengan sungguh-sungguh! ANUGERAH Allah tu tak kan ada nilainya bila kita tak berusaha mensyukurinya.

“Sesungguhnya solatku, ibadahku, HIDUPKU, matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan semesta alam.” [al-an'am:162]

Islam itu  sebagai cara hidup. CARA HIDUP. Islam itulah yang kita zahirkan dengan niat, perkataan dan perbuatan.

Sudah tertunaikah semuanya?

“hai orang-orang yang BERIMAN! masuklah kamu ke dalam islam secara keseluruhan, dan janganlah kamu menurut langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu” [Al-baqarah:208]

Andainya tak masuk islam secara keseluruhan, maka kita sebenarnya mengikut jejak langkah syaitan. Sebab tiada yang berada ditengah-tengah. No half-half. Hanya ada dua pilihan. Sama ada kita ikut islam atau yang sebaliknya.

Ingatlah keimanan dan keislaman itu bagaikan tanaman. Apabila dipelihara dengan baik, tanaman tumbuh dengan baik. Sebaliknya,apabila dibiarkan, tanaman layu dan lama kelamaan akan mati.

Keunggulan kita sebagai muslim kerana sememangnya kita diberi modal yang lebih oleh Allah apabila dibandingkan dengan sahabat kita yang bukan islam. Apabila kualiti kehidupan kita dari segi cara berfikir, bertindak dan cita-cita kita sama dengan mereka yang bukan islam, bererti modal kita kurang manfaatnya. Apabila kita tak segera sedar kelebihan kita ini sebagai muslim, lambat laun modal kita bakal habis.

wallahualam

~WE SHARE COZ WE CARE~

@mus’ab

~ANUGERAH Allah tu tak kan ada nilainya bila kita tak berusaha mensyukurinya.~