Wednesday, September 8, 2010

Sabar dan Tabah dalam Belajar

Posted by magical_fingers On December - 13 - 2009 ADD COMMENTS

Segala puji hanya bagi Allah s.w.t., Tuhan empunya sekalian Alam, Tiada Ia berhajat kepada selain-Nya, malah selain-Nya lah yang berhajat kepada-Nya. Selawat dan salam semoga dilimpahkan Allah s.w.t. ke atas junjungan kita Sayyidina Nabi Muhammad s.a.w. (Ya Allah tempatkan baginda di tempat yang terpuji sepertimana yang Kau janjikan Amin) Beserta Ahlulbayt dan Para Sahabat R.anhum yang mulia lagi mengerah keringat menyebarkan Islam yang tercinta. Dan kepada mereka yang mengikut mereka itu dari semasa ke semasa hingga ke hari kiamat…Ya Allah Ampuni kami, Rahmati Kami, Kasihani Kami …Amin

Amma Ba’du,

capek-belajar

Kali ini fakir ingin berkongsi dengan saudara yang dimuliakan akan kitab Ta’limu Muta’alim (pelita penuntut) karangan Al-Allamah Al-Syaikh Burhanuddin Al-Zarnurji r.anhu. Semoga ada manfaatnya pada fakir dan saudara-saudara sekalian.

———————————
Pada m/s ke-39:

Dan ketahui olehmu, bahawasanya sabar dan tetap itu lunas yang besar pada sekalian pekerjaan-pekerjaan dan tetapnya yang demikian itu sedikit dapat pada lelakinya.

Bermula berani itu sabar seketika, yakni berani itu bukanlah ia kuat badan dan gagahnya tetapi berani itu ialah sabar dan tahan hati atas beberapa kepayahan dan beberapa kesakitan.

Maka sayugialah bagi penuntut ilmu itu bahawa:

- Tetap ia dan sabar atas Tuan Guru dengan tetap di sisinya dan tiada berpaling daripadanya.

- Dan sabar dan tetap pula atas kitab-kitabnya hingga khatam ia dan dia supaya tiada meninggal ia akan dia hal keadaannya terpotong dan kekurangan.

- Dan sabar tetap pula atas ilmu-ilmu sehingga tiada masuk ia pada ilmu yang lain dahulu daripada dapat dan tetap ia pada ilmu yang pertama

- Dan tetap sabar pula atas negeri sehingga tiada berpindah ia kepada negeri yang lain dengan ketiadaan hajat dan terkepik, kerana bahawasanya sekaliannya itu mencerai cerai ia akan pekerjaan-pekerjaan dan mengendala ia akan hati dan mensia-sia ia akan waktu-waktu menyakiti ia akan Tuan Guru.

Dan sayugia pula bahawa sabar ia daripada barang yang berkehendak akan dia oleh nafsu-nafsunya dan hawanya:

Dan bahawasanya kekalahan tiap-tiap hawa nafsu itu adalah kekalahan bagi tiap-tiap kehinaan dan kelekehan. Dengan makna, bahawasanya tiap-tiap mereka yang mengalah akan dia oleh hawa nafsu dan mengerasi ia akan dia itu tentu mengalah akan dia oleh kehinaan dan kelekehan dan mengerasi ia akan dia. Maka jadilah ia itu yang dikejikan di sisi orang dan yang diingkarkan tiap-tiap pekerjaannya.

Dan sayugia pula bahawa sabar ia atas kepenatan dan sekalian bala-bala yang zahir ia atasnya pada jalan-jalan ilmu dan pelajarannya. Dikatakan “gedung-gedung” maksud itu di atas laut-laut kepenatan, dengan makna bahawasanya “gedung-gedung” sekalian maksud-maksud itu melengkapi ia atas beberapa kepenatan yang banyak. Maka siapa-siapa yang berkehendak bahawa menghasil ia akan dia dan mendapat akan dia tiada baginya daripada bahawa sabar ia atas beberapa kepenatan yang banyak, membaca aku akan suatu syair , dikatakan bahwasanya ia bagi Sayyidina Ali Karamallah wajhah:

Ketahui olehmu tiada mencapai engkau akan ilmu melainkan dengan enam kerja;
lagi aku mengkhabarkan akan dikau dari perhimpunannya dengan nyata dan terang;
cerdik dan loba dan kuat sabar dan cukup belanja;
dan pertunjukkan guru dan panjang masa jangan kurang;

Maksudnya:

Jaga-jaga olehmu dan ketahui olehmu bahawasanya engkau tiada mendapat engkau akan ilmu dan tiada sampai engkau kepadanya melainkan dengan enam perkara. Lagi akan aku mencerita akan dikau daripada perhimpunannya dengan nyata dan terang , iaitu:

1. Cerdik dan bijaksana

2. Loba atas menghasilkannya

3. Kuat sabar dan tahan hati atas sekalian kepenatan-kepenatan dan bala’-bala’ nya dan percubaannya.

4. Cukup belanja daripada kehidupannya dengan sekira-kira lainnya, kerana bahawasanya berhajat itu membosankan hati, maka tiada dapat menghasilkan ilmu dan kemuliaan.

5. Pertunjukkan guru atas jalan yang betul.

6. Panjang masa dan lamanya supaya menghasil ia akan ilmu kerana bahawasanya muqaddimah-muqaddimahnya dan mubadinya banyak sangat tiada hasil ia dengan kurang masa dan sedikitnya.

Kata perhamba, bahawasanya dihikayatkan perkataan Tuan Guru Ahyad r.anhu yang ada mengajar di dalam Masjidil Haram sekarang (p/s pada zaman pengarang , bukan sekarang ni):

Bahawasanya dua puluh tahun itu belum lama dan lanjang masa lagi“.

Dan dihikayatkan pula perkataan As-Sayyid Amin r.anhu daripada Ulama Arab yang ada mengajar dalam Masjidil Haram juga sekarang:

Bahawasanya sekurang-kurang masa menuntut ilmu itu empat puluh tahun.

Maka nyatalah daripada ini bahawasanya kebanyakkan orang-orang sekarang yang menuntuti di dalam empat lima tahun atau lapan tahun atau sepuluh atau lima belas tahun dan mendakwa ia akan dirinya alim dan meninggal ia akan akan ijtima’ dan berjumu’ kira (berhimpun, berbincang dan mengira) pada menghukumkan suatu-suatu hukum , istimewa pula mendakwakan dirinya mujtahid dan mustanbath daripada Al-Quran dan hadith sendiri, maka iaitu semata-mata hawa nafsu jua , tiada suatu apa-apa pada hakikatnya.

Tamat petikan kitab.
—————————————————

Selawat dan salam sebanyaknya semoga dilimpahkan Allah s.w.t. ke atas junjungan besar kita Sayyidina Nabi Muhammad s.a.w. , (Ya Allah Tempatkanlah Junjungan kami di tempat yang terpuji sepertimana yang Kau janjikan..Amin) Beserta para sahabat dan Ahlulbayt r.anhum yang sangat kasih mereka itu kepada umat ini.
Segala puji hanya bagi Allah s.w.t., Tiada Daya Upaya melainkan Allah s.w.t., Dan Allah jua yang memberi petunjuk dan Allah s.w.t. Maha Mengetahui..



Jazakallah Khairan Kathira…(^_^)
Al-Faqir wal Haqir Ilallah,
Salim Azham (MSA)



Campur aduk Halal Haram…

Posted by magical_fingers On December - 13 - 2009 ADD COMMENTS

Campur aduk Halal Haram… adakah ini dunia kini??

a’uzubillahi minasyaithonirrajeem…

Bismillahir rahmanir raheem..

p1010028resizeoq5

Serasa cukup lama meninggalkan perkongsian di alam maya ini..

Alhamdulillah..Allah Maha Hebat dan segala puji bagiNya..pujian dan sanjungan dari makhluq kepada makhluq terzahir kerana aib yang disembunyikanNya.. Sungguh terlalu hebat ujian bermuamalah dengan manusia.. pelbagai ragam dari lidah yang berkata-kata hinggalah anggota yang melaksana..sungguh pelbagai gaya dari yang buat diri terpesona hingga jelik tak mampu diterima..

Hebatnya ALLAH menciptakan manusia..pelbagai serba serbi..namun dalam pelbagai itu,yang Dia pilih adalah yang paling bertaqwa..

Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan. Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu). (Al Hujurat : 13)

Sabar..

ungkapan mudah namun praktiknya susah tapi penuh kesan…

Sabar ketika diuji…sokmo,(kata org kelantan ; selalu) kita melatah bila diuji…dikeji..ditohmah..

namun cpt mencipta dialog jua monolog memujuk “Aku ni dok sabar je lagi..tggu la..lebih limit..siap karate!!!” …samada dlm nada serius mahupun gurauan..

Sabar itu nilainya ketika diuji..bukan selepas menghamburkan kata-kata…

situasi mudah..nampak cantik….tercari-cari di mana sabarnya…namun diri tak jumpa..

lihat…kita sekarang mudah meletakkan alasan…

membenarkan perilaku hodoh disalut nilai mulia…agar dinampak baik dan disanjung org..

difitnah..ditohmah…dikeji….malah diuji….itukan salah satu bentuk ujian??Berbahagilah mereka yang diuji dan bersabar…apatah lagi ujian itu terlihat jelas bukan seperti ujian diberikan harta yang banyak dan ujian dengan kesenangan..

Sabar itukan suatu ibadah..halal lg mulia…

dizalimi makhluq tp Ilahi mengasihi…

Jadi mengapa pilih reaksi yang menjerumuskan haram?

Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan) dan kuatkanlah kesabaran kamu dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertakwalah kamu kepada Allah supaya kamu berjaya (mencapai kemenangan). (Al Imran : 200)

2688430580_b826fdac0d

Ada lagi…

banyak lagi.. Read the rest of this entry »

Fitnah Di sebalik Lensa

Posted by magical_fingers On December - 12 - 2009 ADD COMMENTS

ftest5

“Siti (bukan nama sebenar), jom ambil gambar bersama”

“Erm.. berdua je?”

“ye la, masa ni je la boleh gambar bersama. kalau tak ada majlis macam ni, susah dah”

“eh, tak mengapalah..tak manis rasanya”

Terimbau kenangan lama…Dialog yang bermain-main di minda! Tika itu, kami menghadiri ‘Annual Dinner‘… Dialog ini hanya sekadar pembuka bicara untuk menghurai pendapat peribadi saya serta pengamatan saya mengenai hal ini.

Sungguh saya tidak mengerti! Tidak faham dan berusaha sehabisnya mencari sebab dan punca… Seseorang itu dilihat sehabis baik menjaga pergaulannya, dan jarang pula dilihat bersentuhan dengan ajnabi. Jika tidak pun, dilihat sebagai baik akhlaknya.

Namun, segalanya berubah! Berubah di sebalik lensa! Boleh pula bergambar berdua-duaan dengan wanita ataupun lelaki. Malah bersentuhan bahu pula (Alhamdulillah, tidak bersentuhan kulit).

Lupa akan fitnah yang mungkin timbul hanya dengan sekeping gambar. Saya masih ingat post Ustaz Hasrizal mengenai isu ini.

“Mungkin ini maksud sebenar kata-kata orang tua, “jangan bergambar bertiga, nanti ada yang mati!” Hakikatnya gambar bertiga itu ialah dua insan yang bukan Mahram bergambar bersama, Syaitan menjadi orang ketiga, dan pemangsa itu akan membunuh salah seorang atau kedua-duanya.
(ayat dari ustaz Hasrizal, saifulislam.com)

Malah, ia lebih ketara di mata saya kini terutamanya setelah beberapa majlis dianjurkan di Manipal. Terkejut dan beristighfar sebentar melihat gambar di’post’ di facebook. Beberapa lelaki yang pemalu di mata saya, hilang malunya apabila berhadapan dengan lensa! Obses dengan kamera. Sakan bergambar malah bertukar-tukar pasangan pula. Read the rest of this entry »

Join the forum discussion on this post - (1) Posts

Sirna cita-cita dek kelam cinta

Posted by magical_fingers On December - 12 - 2009 1 COMMENT

Dalam cinta ada cita-cita dan dalam cita-cita ada cinta. Kadangkala cinta terangkum dalam kebesaran cita-cita. Tetapi ada kalanya cita-cita tersulam dalam keindahan cinta. Tetapi buat seorang pelajar: Dahulukanlah cita-cita… Justeru ia lebih konkrit, realistik dan diberi prioriti berdasarkan realiti dan diri semasa anda.

Anda mungkin kehilangan cinta dalam memburu cita-cita, tetapi usah risau. Apa yang hilang itu hakikatnya bukan CINTA tetapi cinta. Dan setelah cita-cita anda tercapai… cinta yang sebaik-baiknya dan semurni-murninya akan berada di hadapan anda.

Pada ketika itu belai dan suburkanlah pohon cinta itu dengan baik kerana sudah cukup layak untuk itu. Baja harta, air taqwa, cahaya ilmu dan tanah iman sudah menjadi milik anda. Tetapi awas, jika cinta didahulukan daripada cita-cita… anda mungkin kecundang, kerana cinta itu belum teguh. Sekerat jalan ia mungkin patah. Lalu anda akan terjerumus dalam lembah ‘frust’ dan kecewa.

Dan katakanlah cinta anda dan si dia mampu bertahan sehingga ke hujung tetapi apabila sampai ke hujung… anda tidak punya apa-apa lagi untuk menyuburkan pohon cinta itu. Anda ketandusan taqwa, ketandusan ilmu, kekurangan harta untuk membina sebuah perkahwinan yang baik. Kerana apa? Rupa-rupanya anda silap, dalam mengejar cinta anda telah mengabaikan cita-cita.

Ya, bermula dengan sesuatu yang jelas dan utama. Mulakanlah dengan cita-cita. Justeru usia di tahap anda, cita-cita itulah yang jelas nyata. Cintailah cita-cita anda!

(Petikan daripada buku Tentang Cinta oleh Pahrol Mohd Juoi terbitan Telaga Biru, cetakan pertama Januari 2006)

IMG_2839Sering benar kita membaca dan mendengar semasa belajar , ramai siswa siswi terperangkap dalam percintaan dan yang lebih mengharukan mereka menjadi pasangan intim semasa belajar. ‘Pasangan bercouple‘ , kesana kemari bersama-sama seperti pasangan suami isteri tetapi tidak tinggal bersama. Mereka belajar di perpustakaan, pergi kuliah, pergi makan, pergi bershopping bersama-sama. Kemana akhirnya hubungan mereka ini?

Jika diakhiri dihadapan kadhi melalui ijab dan kabul, tidak mengapa, tetapi jika hampir ke hujungnya, ‘kejemuan’ merubah hati, dan terputus setakat ini, inilah yang amat dikesali. Setelah kesana kesini bersama-sama, tinggal 1 semester sahaja lagi,telah terputus, jika yang meninggalkan tidak merasai apa-apa kerana dirinya memang telah bersedia,bagaimana pasangan yang kena tinggal? Tidak merana hingga mengakibatkan terjejas projek tahun akhir?

Sebab itulah mengapa tidak digalakkan untuk bercinta, berpasangan ke hulu ke hilir, selain menjejaskan pelajaran kerana kelalaian sendiri, berpasangan ke hulu ke hilir bersama ini juga adalah haram di sisi agama Islam. Mana boleh lelaki dan perempuan selalu berdua-duaan,walaupun mereka kata bukan bersunyi-sunyian, “kami di khalayak ramai”, tetapi bagaimana untk mengawal hati?

Selepas bertemu,mesti diringi dengan sms dan ym jika ada kemudahan internet. Apa bicara di sini, tiada siapa yang tahu. Kadang kala kata di sini yang lebih mengegarkan rasa di hati. Contoh ungkapan yang biasa tetapi boleh melahirkan rasa luar biasa bagi pasangan ber’couple’ ini. Read the rest of this entry »