Wednesday, September 8, 2010

Mencari Teman ke Syurga

Posted by magical_fingers On November - 29 - 2009 ADD COMMENTS

Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih, Maha Penyayang.

Teman yang baik adalah anugerah yang tidak ternilai daripada Allah. Teman yang baik penunjuk jalan, penguat langkah dan azam, pendamping yang akan selalu mengingatkan untuk bersungguh-sungguh berusaha membuat bekal negeri abadi. Manusia yang lemah seperti kita tentunya memerlukan teman, untuk berkongsi suka dan duka, untuk mengingatkan kala terleka, untuk menemani kala beramal ibadat agar lebih bersungguh-sungguh, demi bersama meraih syurgaNya. Seorang Nabi Allah, Nabi Musa AS pun memerlukan teman lantas baginda berdoa kepada Allah agar mengurniakan teman penguat langkah, teman ke syurga.

“Dan jadikanlah untukku seorang pembantu dari keluargaku, iaitu (Harun), saudaraku, teguhkanlah kekuatanku dengan (adanya) dia, dan jadikanlah dia teman dalam urusanku, agar kami banyak bertasbih kepadaMu, dan banyak mengingatiMu, sesungguhnya Allah Maha Melihat Keadaan kami” (20:29-35)

Kisah Nabi Musa memohon teman dari Allah untuk membantu menguatkannya membuktikan betapa kita sebagai manusia sangat memerlukan teman untuk menemani dalam urusan hidup seharian dan juga untuk sama-sama beribadat kepada Allah. Bukankah seorang anak Adam itu akan lebih bersungguh-sungguh mengejar redhaNya dan meningkatkan segala amal apabila mempunyai teman yang seiring dan sejalan?

Saidina Umar mengatakan, “Tiada satu kebaikan pun yang dianugerahkan kepada seorang hamba sesudah Islam, selain saudaranya yang soleh. Apabila seseorang di antara kamu merasakan sentuhan kasih sayang dari saudaranya, maka hendaklah ia berpegang kepadanya” Malah, Saidina Umar meminta kita ‘berpegang kepadanya’, iaitu bermakna tidak melepaskan dan menghargai teman tersebut kerana kita sebenarnya dianugerahkan kebaikan yang sangat besar apabila dikurniakan teman yang soleh.

Namun, berusahakah kita untuk menjadi teman ke syurga kala mencari teman ke syurga? Jadikah kita sahabat yang baik yang sentiasa mengajak teman kita kepada kebaikan, yang sentiasa mengingatkan teman kita akan janji-janji Allah, yang menunjukkan kepada teman kita qudwah yang baik? MENJADI TEMAN KE SYURGA Menjadi teman ke syurga dan mencari teman ke syurga, segalanya hanya berlaku apabila asasnya didasari taqwa yang kuat. Taqwa kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa, dengan ketaqwaan yang layak bagiNya.

“Hai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa kepadaNya” (3:102)

Ayat ini mengisyaratkan kepada kita untuk membiarkan hati kita berusaha keras mencapai taqwa menurut batas kemampuan yang ada pada dirinya. Setiap kali ia mendekat kepada Allah dengan ketaqwaan maka akan terbukalah hatinya untuk berusaha mencapai kedudukan yang lebih tinggi dari apa yang telah dicapainya, dan merindukan darjat yang ada di atas apa yang telah diraihnya lalu selalu memandang ke arah kedudukan yang lebih tinggi lagi.

Muhammad Ahmad Rasyid mengatakan “ketinggian itu hanya boleh diraih dengan kelelahan”, memberitahu kepada kita bahawa kita perlu berusaha bersungguh-sungguh utk mendapat darjat ketinggian taqwa di sisi Allah. Apa kaitan taqwa dan teman ke syurga? Taqwa dalam diri sahaja yang akan mendorong seseorang mencari teman ke syurga, menemaninya dalam kehidupan siang harinya, mendampinginya dalam ibadah malamnya. Dan seseorang yang benar-benar meletakkan taqwanya kepada Allah sahaja akan bersungguh-sungguh (sehingga kelelahan tetapi) terus ingin meningkatkan darjatnya di sisi Allah dan dia benar-benar memerlukan teman untuk menguatkan urusan siang dan malamnya, sebagai hamba, dan khalifah. Ciri taqwa ini akan menjadikan dirinya sendiri adalah seorang teman ke syurga, lantas dia layak untuk mendapat teman ke syurga yang hanya didapati melalui anugerah dari Allah. Teman yang akan sentiasa mengingatkan, tatkala kelelahan, akan janji yang menjadi asas perhubungan ini, asasnya hanya kerana Allah, lantas itu kita menjadi “menjadi teman ke syurga”.

Kita bertemu atas kesungguhan dan ikrar kita pada jalan Allah, dan perpisahan kita pun hanyalah kerana Allah juga kerana walau apapun matlamat kita hanya satu, meraih syurgaNya. “Didiklah diri kamu kepada cinta pada Allah, bermula pada diri kamu. Tingkatkan penghayatan diri kamu pada cinta pada Allah, berusaha membaiki dan meningkatkan diri kamu menjadi hamba Allah yang lebih taat, nescaya kamu akan menjadi teman ke syurga dan Allah akan mengurniakanmu teman ke syurga.”

pokok

Marilah sejenak kita mengambil pengajaran dari Hadith Qudsi, dari Allah, Pencipta dan Pemilik kasih sayang dan cinta, yang menitipkan kasih sayang antara hati-hati, yang mengekalkan ikatan antaranya, yang memperteguhkan janji ikrar mereka untuk menjadi ‘teman ke syurga’, mencari redhaNya yang Esa, Pemberi Segalanya, Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. “CintaKu mesti bagi orang-orang yang saling mencintai kerana Aku, CintaKu mesti bagi orang-orang yang saling bersilaturahim kerana Aku, CintaKu mesti mesti bagi orang yang saling menasihati kerana AKu, CintaKu mesti bagi orang-orang yang saling mengunjungi kerana Aku, CintaKu mesti bagi orang-orang yang saling memberi kerana Aku” (Hadith Qudsi)

Lihatlah betapa Allah menjanjikan cintaNya yang Maha Agung kepada “teman ke syurga”. Besarnya kemuliaan Allah janjikan kepada mereka yang mendasari perhubungan kerana sama-sama mahu mengejar redhaNya, menjadi teman ke syurga lantas dikurniakan teman ke syurga.

Sumber : http://wardatul-izzah.blogspot.com/2008/11/mencari-teman-ke-syurga.html

Pelancaran Laman Web IYA Manipal

Posted by Editor On November - 18 - 2009 2 COMMENTS

Salam ‘alaik.

Alhamdulillah, setelah beberapa ketika akhirnya laman web IYA berjaya di bina. Meskipun blog ini masih dalam proses penambahbaikan, pihak IYA akan sedaya upaya berusaha memuatkan bahan-bahan berunsurkan ilmiah yang mampu meningkatkan kefahaman berkenaan Islam dalam kalangan para pelajar Islam di Manipal khasnya dan seluruh Muslim amnya.

postermujahadah_akhwt_1

Laman ini masih dalam prosess pengubahsuaian dan kemaskini.. Harap bersabar yer..  (^_^)v

Ilmu Menjadikan Kita Takut Kepada Allah

Posted by magical_fingers On November - 17 - 2009 ADD COMMENTS

Pada hari ini, kita melihat rata-rata umat Islam di negara ini sudah mula berjinak-jinak dengan majlis-majlis ilmu dan ulama. Di masjid-masjid dan surau-surau majlis-majlis pengajian ilmu semakin rancak diadakan.

Ia mendapat sambutan yang memberangsangkan dari segenap lapisan masyarakat yang dahagakan ilmu dan pentarbiahan hatta terdapat masjid yang mengadakan majlis pengajian pada setiap malam. Ini suatu perkembangan yang baik kepada peningkatan kualiti umat Islam di negara ini dan agama Islam itu sendiri.

ilmu-itu-kunci-kejayaan

Persoalannya, apakah ilmu yang mereka perolehi ini benar-benar memberikan manfaat dan kesan ke dalam diri mereka?

Ketahuilah, bahawa sebaik-baik ilmu ialah ilmu yang menjelmakan perasaan takut kepada Allah SWT. Iaitu, takut yang disertai perasaan membesarkan Allah dan menumbuhkan amal. Allah SWT telah memuji para ulama melalui firman-Nya:

Sebenarnya yang menaruh bimbang dan takut (melanggar perintah) Allah dari kalangan hamba-hamba-Nya hanyalah orang-orang yang berilmu. (al-Faatir: 28)

Inilah ilmu yang paling bermanfaat kerana ilmulah yang memandu kita ke jalan akhirat. Kalam hikmah ini diungkapkan oleh Sheikh Ibnu Atoillah al Sakandari r.a dalam Hikamnya yang bertajuk al Hikam al Atoiyyah.

Terbukti, kalam hikmahnya ini telah mampu melunakkan hati yang keras, menenangkan jiwa yang resah, mengekang nafsu yang rakus dan mengajak manusia menyelami hikmah-hikmah di sebalik kejadian Allah SWT. Semoga kita mendapat manfaat daripadanya.

Adapun orang alim yang tidak mempunyai perasaan takut kepada Allah bukanlah orang alim yang sebenarnya.

Lebih-lebih lagi, orang alim yang keinginannya untuk mendapatkan kemewahan dunia, kemegahan dan bersikap takbur dengan ilmunya.

Ilmu sebegini hanya akan menjadi hujah ke atasnya di akhirat kelak dan sebab yang akan mengundang bala dan akibat yang buruk kepadanya.

Umar ibn al Khattab r.a pernah berkata,

“Perkara yang paling aku takuti berlaku terhadap umat ini ialah munculnya orang yang alim pada lisan tetapi jahil pada hati“.

Ini bukanlah ciri-ciri pewaris para nabi kerana pewaris para nabi memiliki sifat zuhud terhadap dunia, berminat terhadap akhirat, ikhlas menyampaikan amanah ilmu dan bertakwa.

Orang yang memiliki ilmu yang bermanfaat, tidak memiliki sifat bongkak atau takbur, tidak suka mencaci orang lain, berlapang dada, mudah diajak berbincang dan tidak cepat melatah.

Sahl ibn Abdullah r.a pernah berkata:

“Janganlah kalian memutuskan satu urusan dari urusan-urusan dunia dan agama kecuali setelah berbincang dengan ulama. Maka kesudahannya akan dipuji di sisi Allah SWT”.

Abu Muhammad r.a pernah ditanya:

“Wahai Abu Muhammad! Siapakah ulama?” Jawabnya: “Orang-orang yang mengutamakan akhirat daripada dunia dan mengutamakan Allah daripada diri mereka sendiri“.

Saidina Umar ibn al Khattab r.a pernah mewasiatkan:

“Berbincanglah mengenai urusanmu dengan orang-orang yang takutkan Allah”.

Al Wasiti r.a berkata: Read the rest of this entry »

Hukum Menutup Aurat

Posted by magical_fingers On November - 7 - 2009 3 COMMENTS

Allah S.W.T mewajibkan kepada orang Islam lelaki dan perempuan supaya memelihara aurat dan mengawal pandangan daripada melihat perkara-perkara yang tidak diharuskan bertujuan untuk menjaga kehormatan diri masing-masing, selaras dengan firman Allah dalam Surah An-Nur ayat ke 30 & 31.

Ayat tersebut juga menekankan bahawa, perempuan Islam tidak dibenarkan menunjukkan perhiasan diri mereka kepada lelaki Ajnabi.

Pengertian Aurat

Aurat dari segi bahasa adalah sesuatu yang mengaibkan. Dari segi istilah pula merupakan bahagian tubuh badan seseorang yang wajib ditutup dan dilindungi daripada pandangan bukan mahram atau Ajnabi.

Hukum Menutup Aurat

Hukum menutup aurat adalah wajib bagi lelaki dan perempuan Islam yang bertujuan untuk menjaga kehormatan diri.

Batas-batas Aurat

1) Aurat lelaki

a. Dengan perempuan mahram adalah diantara pusat dengan lutut.

b. Dengan perempuan bukan mahram adalah diantara pusat dengan lutut.

c. Dengan perempuan bukan Islam adalah diantara pusat dengan lutut.

2) Aurat perempuan

a. Dengan mahram lelaki adalah diantara pusat dengan lutut.

b. Dengan lelaki bukan mahram adalah seluruh tubuh kecuali muka dan dua tapak tangan.

c. Dengan lelaki bukan Islam adalah seluruh tubuh kecuali muka dan tapak tangan.

Sebab-sebab Diwajibkan Menutup Aurat

1) Menjaga dan memelihara kehormatan, kesopanan dan maruah diri.

2) Menghindarkan diri dari terjerumus ke lembah maksiat.

3) Membezakan keperibadian orang Islam dengan orang bukan Islam.

4) Menggambarkan umat Islam yang patuh dan taat kepada perintah Allah.

Risiko Mendedahkan Aurat

1) Mendedahkan diri kepada fitnah.

2) Terdedah kepada pergaulan bebas.

3) Bagi perempuan yang mendedeahkan aurat, mereka terdedah kepada gangguan lelaki yang tidak bermoral dan berkemungkinan besar terjerumus ke lembah penzinaan.

4) Menggambarkan tahap kelemahan iman atau iman yang tidak mantap.

Hikmah diwajibkan Menutup Aurat

1) Memuliakan manusia sebagai makhluk yang paling istimewa.

2) Membentuk diri manusia supaya menjadi insan yang beradab.

3) Dapat mengelakkan diri daripada sebarang fitnah.

4) Melahirkan masyarakat yang berakhlak mulia dan patuh kepada syariat Allah S.W.T.

Tutup+Aurat+Yg+Betul_Page_1

Tutup+Aurat+Yg+Betul_Page_2

Join the forum discussion on this post - (1) Posts

situs masih dalam proses pembinaan..

Posted by magical_fingers On November - 5 - 2009 ADD COMMENTS

Islamic Youth Association atau ringkasnya IYA adalah organisasi yang ditubuhkan khas bagi melaksanakan dan menyelaras segala aktiviti dan program keagamaan serta menjaga kebajikan pelar-pelajar muslim di Melaka Manipal Medical College, Manipal Campus. IYA bertindak sebagai wadah kegiatan pelajar khususnya pelajar beragama Islam yang menjadi pembantu utama kepada Malaysian Student Association Manipal (MSAm) bagi memastikan semua kegiatan pelajar sejajar dengan dengan tuntutan agama Islam serta matlamat dan falsafah pendidikan negara.