Assalamualaikum dan salam sejahtera buat para pembaca, khususnya adik-adik dan rakan seperjuangan di bumi bertuah, manipal dan melaka.
Menyingkap kembali sejarah, dimana kita mengenal tokoh-tokoh yang hebat seperti Saidina Abu Bakar, Khalid al-walid, mus’ab bin umayr, Muhammad al-fatih dan ramai lagi, betapa hebatnya mereka memperjuangkan agama Allah ini.
Pernah tak kita terfikir bagaimana mereka punya semangat yang sangat kuat untuk bertarung pertahankan islam, sanggup berkorban jiwa, dan nyawa mereka demi deen ini.
Kerana mereka adalah golongan-golongan yang FAHAM. Faham islam iaitu submit atau tunduk. Faham maksud aslama iaitu menyerah diri. Maka deen yang kita anut ini, adalah cara hidup yang menyerahkan diri sepenuhnya kepada Allahu Rabbi.
Dan kita adalah muslim. Bukannya Muslim, yang hanya sekadar yang tertera di atas kertas atau kad pengenalan.
Kita nak jadi macam sumayyah, wanita pertama yang syahid dalam islam, yang faham islam. walaupun dia tidak lah punya ilmu sehebat imam syafie. Bila kita dah faham betul-betul islam ini, maka, kita akan mampu untuk praktikkan ilmu-ilmu islam yang kita belajar dengan baik sekali.
Tapi, FAHAM apa yang kita maksudkan kat sini?
Faham deen ini dengan hati. Allah jadikan mata ini untuk melihat, telinga untuk mendengar, dan hati untuk memahami. Melihat benda yang tidak elok, mendengar ucapan yang tidak baik, maka akan memberi kesan pada hati. Hati akan jadi rosak.
Allah telah menurunkan Al-Quran untuk betulkan hati. Dan kita faham Quran tu dengan hati. Samalah juga macam kita tonton cerita hindustan atau korea yang kita sanggup habiskan masa berjam-jam, mesti kita akan nangis.
Tapi kalau baca Quran, sampai menangis tak air mata kita tu? Baca novel sekalipun, kita akan mudah ingat ayat-ayat dalam novel, bagaimana pula dengan Quran yang kita baca saban hari. Adakah kita fahami maksudnya? Tadabbur maknanya?
Kita mentadabburi Al-Quran itu dengan hati, merenunginya dengan akal, dan melaksanakannya dengan anggota badan. Beginilah perangai para sahabat ketika berinteraksi dengan al-Quran.
Namun, lama-kelamaan, keadaan berubah.
Berkata Abdullah bin Umar r.a.
” Kami hidup sekalian lama, sedangkan salah seorang dari kami mendatangi iman sebelum al-Quran. Satu surah turun kepada Muhammad s.a.w. sehingga kami dapat mempelajari yang halal dan yang haram, perintah dan larangan han hal-hal yang sepatutnya kami berhenti padanya. Lalu, aku melihat beberapa orang yang mendatangi al-Quran dahulu sebelum iman. Dari al-Fatihah sehingga akhir al-Quran, larangannya dan hal-hal yang sepatutnya ia berhenti padanya. Dia (membacanya) seolah-olah tengah menyebarkan kurma yang buruk” [Qutul Qulub]
Ia bermaksud menghamburkan kalimat dari bacaan al-Quran tanpa merenunginya, seperti kurma buruk yang dibuang berselerakan..
Dia membacanya macam baca surat khabar. Ia membukanya seperti membuka halaman majalah. Hatinya terasa bosan, hingga tiada kenikmatan membacanya. Dia meninggalkan al-Quran, sehingga berdebu di atasnya.
Persis seperti yang diramalkan oleh Muad’z bin Jabal,
“Al-Quran akan usang dalam hati sebahagian kaum, sebagaimana usangnya pakaian, sehingga diabaikan. Mereka membacanya, namun tidak mencapai kenikmatan. Mereka mengenakan pakaian kulit kambing di atas hati serigala. Amalan mereka penuh dengan tamak, tidak diiringi rasa takut. Bila lalai dalam melaksanakan amalan, mereka akan berkata,”Nanti kami akan mencapai darjat yang tinggi” Apabila mereka melakukan dosa,mereka akan kata, “Allah akan mengampuni kami.Sebab kami tidak menyekutukanNya dengan sesuatu pun.” [Sunanud Darimi]
Beza nya kita dengan para sahabat.
masih kita impikan syurga sedangkan kita tidak berbuat apa-apa untuknya.
sedikitnya usaha kita untuk mengejar akhirat dibandingkan dengan waktu yang kita bazirkan untuk dunia.
Terbayang tak kita yang sebenarnya setiap apa yang kita buat, ada yang melihat?
Contoh, jika di jalan raya, kita tahu di kawasan tu ada CCTV, mesti kita akan kawal kelajuan ikut had yang sebenarnya. Sebab kita tahu yang polis boleh kesan jika kita bawa lebih kelajuan dan boleh dikenakan saman.

Samalah juga macam Allah sentiasa melihat kita. Malah, setiap inci yang kita fikir pun Allah tahu. Andai kita benar-benar yakin yang Allah melihat kita setiap saat, mesti kita akan menjaga diri kita supaya sentiasa patuh arahan Allah dan meninggalkan laranganNya.
Kita malu kalau orang tahu keburukan kita, tapi malu tak kita dengan Allah?
Kita takut kalau kita buat salah,takut dihukum oleh manusia, tapi, takut kah dengan Allah?
Ayuh kita muhasabah. renungkan firman Allah,
“Sesungguhnya orang-orang yang beriman adalah mereka yang apabila disebut nama Allah, gementar hatinya, dan apabila dibacakan ayat-ayat Allah kepada mereka, bertambah (kuat) imannya dan hanya kepada Tuhan mereka bertawakkal”
(al-anfal:2)
Sunnatullah(ketetapan Allah)
Air hanya akan masak bila dah mencapai 100 celcius.
Sesuatu benda tu hanya akan jatuh ke tanah/bumi[macam hukum Newton]
Besi hanya terlebur pada suhu 900 celcius.
Semua benda di atas, Allah dah tetapkan. Itulah sunnatullah. Dan bila ikut sunnatullah, barulah air itu akan masak, dan benda akan jatuh ke bumi kerana graviti, dan besi akan terlebur.
Seperti juga kita, manusia.
Sesiapa yang mengikut sunnatullah, maka merekalah orang-orang yang berjaya.
Moga Allah sentiasa tautkan hati kita dengan rasa cinta kepadaNya, dan zuhud pada dunia.
wallahualam.
@mus’ab

Kemenangan demi kemenangan yang diperoleh oleh Nabi Muhammad dan tentera Islam dalam peperangan menjadikan umat islam bertambah ramai dan kuat. Kejayaan dalam peperangan yang dicapai membuatkan orang bukan islam semakin takut. Ada antara mereka lari menyembunyikan diri ke negeri yang berhanpiran dan di celah-celah bukit.


.png)
.png)




